ALUAN PENGERUSI BIRO

Assalamualaikum wbt,

Bismillahhirramanirrahim,


Pertama sekali syukur saya ke hadrat Allah,dengan limpah kurnianya kita masih lagi menghirup udara kemerdekaan dengan bangsa dan agama kita tetap kekal dominan di negara bertuah ini.Didoakan ianya tetap kekal dan semangat ini terus bersama kita sebagai pejuang agama,bangsa dan negara!

Pada kesempatan ini juga,ingin saya rakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih pada seluruh perwakilan pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah yang telah bersidang pada 17 Oktober 2008 dan seterusnya telah memilih saya dan rakan-rakan lain sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah serta Sdr.Shafiqurrahman Shamsuddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah yang baru.InshaAllah kepercayaan dan tanggungjawab yang diberi ini akan dilaksanakan sebaik mungkin bersama semangat baru dengan hati yang ikhlas dan penuh keinsafan.

Seterusnya sebagai Pengerusi Biro Putera,Pendidikan,Belia dan Sukan,saya bersama Sdr.Khalil Jefri selaku Timbalan Pengerusi akan sentiasa sensitif dan peka permasalahan belia dan akan sedaya upaya memenuhi kehendak yang merangkumi ruang libat biro ini.Semua agenda dan kejayaan silam akan diteruskan bersama idea-idea baru yang akan disesuaikan mengikut kehendak dan tuntutan semasa.

Tiada janji setinggi gunung yang diberi,cuma kerja keras sahaja yang akan saya berikan.Mohon sokongan dan doa dipermudahkan segala urusan,mudah-mudahan kejayan biro ini akan membantu Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah sebagai sayap terpenting UMNO Kuala Kedah dalam misi menawan kembali Kuala Kedah pada pilihanraya akan datang.Tiada apa yang lebih penting selain daripada kepentingan Agama Kita,Bangsa Kita dan Negara Kita Malaysia Tercinta!

Sekian,wassallam.

“SAYANG AKAN BANGSA ERTINYA RELA KORBAN APA SAJA“

Salam Perjuangan,

MOHD.RIZAL SUHARDY BIN.MD MANSOR
Pengerusi Biro Putera,Pendidikan,Belia dan Sukan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah

Tuesday, January 20, 2009

RENUNGAN

Hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom & membunuh rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa. Siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa? Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Apa yg saya coretkan disini sebenarnya adalah artikel dari ruangan forum Utusan Malaysia. Ini kerana saya amat pasti bahawa penyokong pembangkang tentu tidak akan membaca akhbar tersebut. Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? Begini tulisan beliau:
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam! Mengapa ini berlaku? Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi. Begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman. Ramai lagi orang Yahudi yg bijak pandai sebenarnya. Hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua seperti Benjamin Rubin yg memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Secara tidak langsung kita juga masih bergantung harap kepada mereka.
Adakah kita rela berkorban memboikot dgn tidak menggunakan peralatan yg mereka cipta itu? Bagaimana pula dgn Johas Salk yg menemui vaksin polio yang pertama, Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia, Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B, Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis dan Elie Metchnikoff menang hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.
Siapakah yg menemui ubat dan membuat kajian untuk ‘endokrinologi’ (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis), terapi kognitif (rawatan mental dan kesugulan) dan pil perancang keluarga yg pertama? Semua perkara diatas adalah hasil kebijaksanaan bangsa Yahudi keparat! Begitu juga dgn pemenang hadiah Nobel, Willem Kolff yg mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang. Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam. Hanya TIGA sahaja?
Sedarkah anda bahawa jenama terkenal dan terkaya di dunia juga dikuasai Yahudi seperti Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts). Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi!

Mempengaruhi Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi. Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Mengapa Umat Islam tidak seperti mereka?
Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?
Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam. AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500. Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta!
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat. Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion. Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Mengapa?
Jawapannya ialah kerana umat Islam itu sendiri!
Lihat saja umat Islam di Malaysia. Mereka lebih suka hidup bersenang-lenang, merebut kuasa, menyelewengkan fakta hatta Hadis Nabi sekalipun diputar-belitkan untuk kepentingan politik dan kuasa. Mereka lebih suka membuat ‘DEMONSTRASI’ daripada menuntut ilmu. Alasannya kerana pemimpin “zalim”, makan wang rakyat,”kerajaan mempekecilkan bahasa Melayu” dan yg terbaru, beselindung di sebalik ‘boikot barangan Zionis mahupun yg menyokong Zionis’. Tetapi yg amat menggelikan-hati adalah disebalik mereka sedang ‘medemonstrasi’, pakaian apakah yg mereka pakai? Saya tidak melihat walau seorangpun yg memakai kain pelikat tetapi terlalu ramai yg seluar Levi’s yg sudah tentu pengeluarnya dari rejim Zionis!

Adakah anda sanggup membakar seluar Levi’s anda? Boikot? Sanggupkah anda menutup perusahaan kilang Bumiputra hanya kerana mereka mengeluarkan Coca-Cola? Bagaimana pula dengan pekerja kilang yg terpaksa diberhentikan kerana pihak kilang tidak mampu membayar gaji mereka?
Sesungguhnya anda telah menganiaya mereka secara tidak sedar.

Ilmu adalah kunci kejayaan. Carilah ilmu dahulu sebelum membuat pertimbangan. Jangan membuat alasan utk berkata ‘tidak’. Dengan ilmu didada, umat Islam akan kembali temui kegemilangan yg pernah dikecapi beribu tahun dulu.
POLITIK?? Kita seharusnya mencerminkan diri kita terlebih dahulu. Kita sudah terlambat untuk "renung-renungkan" kerana itulah yg kita sedang lakukan selama ini. Apa hasilnya?
Apa yg perlu ialah tindakan susulan yg rasional untuk bangsa dan agama Islam.

PEMIMPIN UMNO ATAU MELAYU YANG TERANCAM?




Perkembangan terkini cerita di kedai-kedai kopi adalah Melayu semakin hilang kuasa.Hak-hak Melayu yang dipertahankan sebelum ini sedikit demi sedikit diketepikan oleh kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.Selepas Pilihanraya Umum 8 Mac lalu, UMNO merasakan seolah-oleh mereka kehilangan seluruh dunia walaupun hakikatnya, Ahli Parlimen UMNO adalah yang teramai di dalam parlimen. Walaupun UMNO kehilangan 4 buah Kerajaan Negteri kepada Pakatan Rakyat, ianya adalah disebabkan oleh parti komponen Barisan Nasional yang mengalami kekalahn yang teruk.MCA, Gerakan dan PPP adalah yang hampir-hampir karam disebabkan oleh tsunami politik yang melanda tanpa sebarang amaran. Tetapi, adakah UMNO tidak dapat melihat perkara sebenar yang berlaku.



Pemimpin UMNO meletakkan semua kekalahan tersebut di bahu mereka dan merasakan semua tindakan, kata-kata dan pergerakan tidak dipedulikan lagi. Namun begitu, rakyat telah memberi amaran kepada UMNO untuk bangkit kembali atau menjadi kenangan sahaja.Rakyat Malaysia termasuk orang Melayu sayang kepada UMNO dan mahu parti ini mengemudi Kerajaan Malaysia. Mereka berasa amat terhutang budi kepada UMNO kerana telah berjaya memerdekakan negara ini dari penajajahan British.




Mereka juga amat berterima kasih kerana UMNO berjaya mempertahankan negara ini daripada dikuasai oleh pengaruh komunis. Mereka juga berbangga dengan UMNO kerana telah berjaya membawa negara ini maju ke hadapan dari negara pertanian ke negara yang berteraskan perindustrian.Tetapi ketaatan mereka ada syaratnya.UMNO tidak seharusnya dan tidak dibenarkan sama sekali merosakkan ketaatan dan kepercayaan yang mereka telah berikan.

Apabila pemimpin UMNO pecah amanah dan mencuri dana yang diperuntukkan untuk golongan susah, apabila pemimpin UMNO menyalahgunakan DEB untuk menambahkan kekayaan mereka, dan apabila Pemimpin UMNO cuba bertindak seperti dialah raja di dalam negeri tersebut, mereka ini akan bertindak dan tindakkan itulah yang mereka telah lakukan.
Pengajaran daripada Pilihanraya Umum 8 Mac yang lalu adalah untuk pemimpin UMNO belajar bersikap rendah diri, bersikap adil dan memupuk integriti yang tinggi. Orang Melayu juga membuktikan bahawa mereka tidak teragak-agak untuk menghukum pemimpin UMNO sekiranya mereka mungkir janji kepada rakyat.
Bagi mereka, DEB diwujudkan adalah untuk meningkatkan taraf hidup semua orang Melayu dan bukannya untuk sekelompok indidvidu sahaja. Maka, pemimpin UMNO perlu meningkatkan sistem pengagihan dan melaksanakan polisi-polisi DEB bagi menaikkan kedudukan bangsa Melayu.
Orang Melayu mengecam pemimpin UMNO yang memperkayakan diri mereka dan menunjuk-nunjuk kekayaan yang mereka perolehi dengan membeli kereta mahal dan membina rumah yang besar.
Jadi sudah tiba masanya para pemimpin UMNO berpatah balik dan melihat kembali kesusahan yang dialami oleh rakyat di sekeliling mereka. Mereka harus meningkatkan taraf ekonomi rakyat keseluruhannyaa dan bukannya hanya terhad kepada kroni dan diri mereka sendiri.
Pemimpin UMNO yang merosakkan kepercayaan dan harapan orang Melayu akan membahayakan parti. UMNO telah menggunakan kaedah yang lebih mesra untuk meraih kembali kepercayaan orang melayu dan seluruh komuniti.

Hanya dengan pemimpin UMNO yang mempunyai integriti yang tinggi, membawa harapan menggunung rakyat dan cuba berinteraksi dengan masyarakat di bawah, rakyat pasti akan membantu UMNO untuk berdiri lebih tinggi kembali.