ALUAN PENGERUSI BIRO

Assalamualaikum wbt,

Bismillahhirramanirrahim,


Pertama sekali syukur saya ke hadrat Allah,dengan limpah kurnianya kita masih lagi menghirup udara kemerdekaan dengan bangsa dan agama kita tetap kekal dominan di negara bertuah ini.Didoakan ianya tetap kekal dan semangat ini terus bersama kita sebagai pejuang agama,bangsa dan negara!

Pada kesempatan ini juga,ingin saya rakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih pada seluruh perwakilan pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah yang telah bersidang pada 17 Oktober 2008 dan seterusnya telah memilih saya dan rakan-rakan lain sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah serta Sdr.Shafiqurrahman Shamsuddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah yang baru.InshaAllah kepercayaan dan tanggungjawab yang diberi ini akan dilaksanakan sebaik mungkin bersama semangat baru dengan hati yang ikhlas dan penuh keinsafan.

Seterusnya sebagai Pengerusi Biro Putera,Pendidikan,Belia dan Sukan,saya bersama Sdr.Khalil Jefri selaku Timbalan Pengerusi akan sentiasa sensitif dan peka permasalahan belia dan akan sedaya upaya memenuhi kehendak yang merangkumi ruang libat biro ini.Semua agenda dan kejayaan silam akan diteruskan bersama idea-idea baru yang akan disesuaikan mengikut kehendak dan tuntutan semasa.

Tiada janji setinggi gunung yang diberi,cuma kerja keras sahaja yang akan saya berikan.Mohon sokongan dan doa dipermudahkan segala urusan,mudah-mudahan kejayan biro ini akan membantu Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah sebagai sayap terpenting UMNO Kuala Kedah dalam misi menawan kembali Kuala Kedah pada pilihanraya akan datang.Tiada apa yang lebih penting selain daripada kepentingan Agama Kita,Bangsa Kita dan Negara Kita Malaysia Tercinta!

Sekian,wassallam.

“SAYANG AKAN BANGSA ERTINYA RELA KORBAN APA SAJA“

Salam Perjuangan,

MOHD.RIZAL SUHARDY BIN.MD MANSOR
Pengerusi Biro Putera,Pendidikan,Belia dan Sukan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah

Tuesday, January 20, 2009

PEMIMPIN UMNO ATAU MELAYU YANG TERANCAM?




Perkembangan terkini cerita di kedai-kedai kopi adalah Melayu semakin hilang kuasa.Hak-hak Melayu yang dipertahankan sebelum ini sedikit demi sedikit diketepikan oleh kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.Selepas Pilihanraya Umum 8 Mac lalu, UMNO merasakan seolah-oleh mereka kehilangan seluruh dunia walaupun hakikatnya, Ahli Parlimen UMNO adalah yang teramai di dalam parlimen. Walaupun UMNO kehilangan 4 buah Kerajaan Negteri kepada Pakatan Rakyat, ianya adalah disebabkan oleh parti komponen Barisan Nasional yang mengalami kekalahn yang teruk.MCA, Gerakan dan PPP adalah yang hampir-hampir karam disebabkan oleh tsunami politik yang melanda tanpa sebarang amaran. Tetapi, adakah UMNO tidak dapat melihat perkara sebenar yang berlaku.



Pemimpin UMNO meletakkan semua kekalahan tersebut di bahu mereka dan merasakan semua tindakan, kata-kata dan pergerakan tidak dipedulikan lagi. Namun begitu, rakyat telah memberi amaran kepada UMNO untuk bangkit kembali atau menjadi kenangan sahaja.Rakyat Malaysia termasuk orang Melayu sayang kepada UMNO dan mahu parti ini mengemudi Kerajaan Malaysia. Mereka berasa amat terhutang budi kepada UMNO kerana telah berjaya memerdekakan negara ini dari penajajahan British.




Mereka juga amat berterima kasih kerana UMNO berjaya mempertahankan negara ini daripada dikuasai oleh pengaruh komunis. Mereka juga berbangga dengan UMNO kerana telah berjaya membawa negara ini maju ke hadapan dari negara pertanian ke negara yang berteraskan perindustrian.Tetapi ketaatan mereka ada syaratnya.UMNO tidak seharusnya dan tidak dibenarkan sama sekali merosakkan ketaatan dan kepercayaan yang mereka telah berikan.

Apabila pemimpin UMNO pecah amanah dan mencuri dana yang diperuntukkan untuk golongan susah, apabila pemimpin UMNO menyalahgunakan DEB untuk menambahkan kekayaan mereka, dan apabila Pemimpin UMNO cuba bertindak seperti dialah raja di dalam negeri tersebut, mereka ini akan bertindak dan tindakkan itulah yang mereka telah lakukan.
Pengajaran daripada Pilihanraya Umum 8 Mac yang lalu adalah untuk pemimpin UMNO belajar bersikap rendah diri, bersikap adil dan memupuk integriti yang tinggi. Orang Melayu juga membuktikan bahawa mereka tidak teragak-agak untuk menghukum pemimpin UMNO sekiranya mereka mungkir janji kepada rakyat.
Bagi mereka, DEB diwujudkan adalah untuk meningkatkan taraf hidup semua orang Melayu dan bukannya untuk sekelompok indidvidu sahaja. Maka, pemimpin UMNO perlu meningkatkan sistem pengagihan dan melaksanakan polisi-polisi DEB bagi menaikkan kedudukan bangsa Melayu.
Orang Melayu mengecam pemimpin UMNO yang memperkayakan diri mereka dan menunjuk-nunjuk kekayaan yang mereka perolehi dengan membeli kereta mahal dan membina rumah yang besar.
Jadi sudah tiba masanya para pemimpin UMNO berpatah balik dan melihat kembali kesusahan yang dialami oleh rakyat di sekeliling mereka. Mereka harus meningkatkan taraf ekonomi rakyat keseluruhannyaa dan bukannya hanya terhad kepada kroni dan diri mereka sendiri.
Pemimpin UMNO yang merosakkan kepercayaan dan harapan orang Melayu akan membahayakan parti. UMNO telah menggunakan kaedah yang lebih mesra untuk meraih kembali kepercayaan orang melayu dan seluruh komuniti.

Hanya dengan pemimpin UMNO yang mempunyai integriti yang tinggi, membawa harapan menggunung rakyat dan cuba berinteraksi dengan masyarakat di bawah, rakyat pasti akan membantu UMNO untuk berdiri lebih tinggi kembali.

No comments: